Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Raja Muda Perlis Berkenan Sertai Kayuhan Merdeka Di Pak Bara, Thailand


 

KANGAR, 31 Ogos  2018 (Jumaat) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan menyertai Kayuhan Merdeka 2018 di Pak Bara, Wilayah Satun, Thailand.

Baginda berkayuh sejauh 33 kilometer sambil membawa Jalur Gemilang di sekitar Pak Bara, diiringi Ketua Polis Wilayah Satun, Supawat Thabkliaw dan Ketua Polis Perlis Datuk Azisman Alias.

Menurut kenyataan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sini hari ini, semasa kayuhan itu, baginda turut berkenan singgah dan meninjau beberapa pusat pentadbiran setempat serta perkampungan nelayan.

Tuanku Syed Faizuddin juga meninjau perusahaan industri hasil laut dan berbasikal di sepanjang pesisir pantai Lautan Andaman.

Baginda turut bertitah supaya rakyat belajar daripada masa lampau agar tidak mengulangi sebarang kesilapan yang sama.

"Kita juga hendaklah memanfaatkan segala kekuatan dan kelebihan yang ada dan meninggalkan impak lebih baik pada masa depan," titah baginda.

Program khusus sempena Hari Kebangsaan itu masuk edisi ketiga selepas program di Satun dan Songkhla pada tahun-tahun sebelum ini.

Sumber daripada BERNAMA