Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Di Perlis Meriah, Berwarna-Warni


  

KANGAR, 31 Ogos 2018 (Jumaat) - Lebih 20,000 rakyat daripada pelbagai lapisan kaum memenuhi Stadium Tuanku Syed Putra di Kangar, Perlis, malam tadi, bagi meraikan Sambutan Hari Kebangsaan 2018 peringkat negeri malam tadi.

Majlis yang meriah dan berwarna-warni itu menampilkan kira-kira 50 buah kontinjen perarakan daripada pelbagai agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat mencemar duli memeriahkan sambutan acara yang buat kali ketiganya diadakan pada waktu malam itu.

Turut berangkat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan barisan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Majlis tersebut diakhiri dengan pertunjukkan bunga api yang menerangi suasana malam di bandar ini.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE