Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

MAIPs Sasar Kutipan Zakat Fitrah RM1.3 Juta Tahun Ini


 

ARAU,18 Mei 2018 (Jumaat) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyasarkan kutipan zakat fitrah di negeri itu kira-kira RM1.7 juta pada tahun ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kutipan RM1.3 juta itu sekiranya dapat direalisasikan menunjukkan peningkatan 6.4 peratus berbanding 2017. 

 "Kadar bayaran zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini kekal RM7. 

 "Sumbangan bermakna itu akan diagihkan dengan sebaiknya dan sempurna kepada golongan fakir dan miskin di seluruh Perlis kelak. 

 "Pembayar zakat fitrah disarankan melaksanakan ibadah itu melalui amil-amil kariah dan agensi yang dilantik secara rasmi oleh MAIPs," titah baginda di Masjid Negeri Arau di sini hari ini. 

 Turut berangkat hadir, anak bongsu baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail. 

 Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merupakan Yang Dipertua MAIPs.

Sumber daripada K! ONLINE