Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

MIDF Rakan Strategik MAIPs Bantu Golongan Memerlukan di Perlis


 

KANGAR, 3 Mei 2018 (Khamis) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, menzahirkan penghargaan terhadap Malaysian Industrial Development Finance Bhd. (MIDF) kerana telah menjadi antara rakan strategik Maj-lis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang banyak membantu golongan memerlukan di negeri ini.

Baginda bertitah, antara projek berimpak MIDF dan MAIPs adalah menyumbang dan bekerjasama bagi mengada-kan Program Pusat Celik Minda untuk pelajar-pelajar asnaf di Taman Desa Asnaf Batu Bertangkup, Padang Besar, dekat sini. 

“MAIPs sedang dan sentiasa berusaha menggandakan program serta tindakan dalam membantu warga asnaf di negeri ini kerana pendidikan merupakan salah satu elemen penting di dalam kehidupan setiap insan. 

“Setiap insan berhak mendapatkan pendidikan tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang keluarga,” titah baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs di akhir majlis makan malam yang dihoskan oleh MAIPs kepada delegasi kepimpinan tertinggi MIDF di Kuala Perlis, malam tadi. 

Antara yang hadir ialah Pengarah Urusan MIDF, Datuk Najib Abdullah dan Ketua Korporat MIDF, Abdul Malek Abdul Hafiz. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor. 

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, maka sebab itu, pelajar daripada kalangan keluarga fakir dan miskin meru-pakan salah satu kategori asnaf yang layak menerima agihan zakat dan perlu dibantu. 

“Pendidikan umumnya bermaksud proses kehidupan dalam mengembangkan diri setiap individu supaya dapat hidup dan meneruskan kehidupan,” titah baginda.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE