Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Budaya 'Ponteng Terhormat' Wajar Dihentikan


 

ARAU, 12 Mac 2018 (Isnin)- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu melihat budaya ‘ponteng terhormat’ iaitu sengaja memberi alasan menziarahi kematian dan orang sakit semasa waktu bekerja, dihentikan di semua peringkat sama ada agensi kerajaan mahu pun swasta.

 

Baginda bertitah, bahkan wujud amalan menemani rakan yang mempunyai tugas khas, semata-mata untuk tidak berada di tempat kerja pada waktu pejabat.

"Melainkanlah jika sesuatu musibah atau kematian itu melibatkan ahli keluarga atau mereka yang terdekat.

"Amanah seharusnya dilaksanakan dengan rasa bertanggungjawab, berdedikasi dan tanpa berlengah," titah baginda.

Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat menziarahi bekas Duta Besar Malaysia Ke Arab Saudi, Prof. Datuk Syed Omar Syed Mohamad Alsagoff yang baru sembuh daripada sakit di kediaman beliau di Kampung Batas Liku di sini semalam.

Syed Omar ialah salah seorang ahli jawatan kuasa pengurusan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor dan bekas Mufti negeri, Datuk Alim Panglima Mat Jahya Hussin.

Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs berharap agar perkara yang menjadi sunat dan digalakkan dalam agama  hendaklah diimbangi dengan keutamaan dan kepentingan awam.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE