Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

IKS Di Perlis Perlu Rebut Peluang Inisiatif Hab Halal Negara


 

KANGAR, 14 April 2019 (Ahad) - Bagi merealisasikan impian Malaysia menjadi sebagai negara hab halal dunia, pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) memainkan peranan penting memandangkan negara didominasi oleh industri ini, titah Raja Muda Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, begitu juga di Perlis, IKS menjadi antara industri yang turut menjana ekonomi negeri.

"Semoga lebih ramai lagi pengusaha IKS khasnya bumiputera di negeri Perlis merebut peluang memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bagi meluaskan pasaran produk mereka dan pada masa yang sama ia juga bertindak sebagai ‘commercial tool’ kepada produk yang dihasilkan kerana lebih diyakini dan diiktiraf.

"Justeru, kesedaran terhadap kepentingan pensijilan halal dalam kalangan pengusaha industri perlu dipergiatkan dari masa ke semasa," demikian titah Raja Muda Perlis ketika berkenan berangkat merasmikan ‘Seminar Yakini Halal Malaysia Peringkat Negeri Perlis, Tahun 2019’ yang diadakan di Dewan Warisan Kangar baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Noordin Ibrahim.

Program ini adalah anjuran JAIPs dengan kerjasama JAKIM serta Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Baginda turut menambah bahawa pihak industri dan pengusaha diseru agar memberikan komitmen tinggi dalam mengeluarkan produk halal yang berintegriti supaya dapat memenuhi kehendak pelanggan.

"Ia bukan hanya berkaitan dengan pelabelan halal semata-mata, tetapi juga produk yang berkualiti, suci lagi bersih dan selamat," titah baginda.

Di majlis yang sama sebanyak tujuh buah syarikat pengeluar makanan dan minuman termasuk sebuah hotel dan sebuah rumah sembelihan menerima Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang disampaikan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Sumber daripada Utusan Online

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Januari 2019

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,931.23 X 85gram /23 hari berniaga 

RM 14,529.57

Pengunjung

7550070
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
9178
15398
79639
7373607
260147
406943
7550070

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 1 2 3 4

PAUTAN