Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Alumni La Trobe University Malaysia Prihatin Kejadian Di Christchurch


 

KANGAR, 25 Mac 2019 (Isnin) - Persatuan Alumni La Trobe University Malaysia (PALTUM) menunjukkan sokongan solidariti dan simpati terhadap mangsa dan ahli keluarga mereka yang terlibat dalam insiden tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand baru-baru ini dengan memakai baju ‘All Blacks’ berwarna hitam putih dan bertemakan negara New Zealand sepanjang berkunjung membuat lawatan selama dua hari ke negeri Perlis semalam.

Kemuncaknya ialah permainan woodball ‘Solidarity’ yang dilangsungkan di Gelanggang Woodball Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Dataran Sheikh Ahmad Kangar anjuran Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs) yang turut menerima keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga merangkap Pengerusi PALTUM..

Sukan woodball dipilih untuk tujuan ini kerana ia bersesuaian dengan status serta profil di mana negeri Perlis akan menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Woodball Piala Dunia (WCWC) ke 9 pada 24-30 Julai 2020.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Setiausaha PALTUM, Nur Faradina Mohamed dan Timbalan Presiden PWNPs, Zaharin Haris.

Sepanjang berada di negeri Perlis, delegasi seramai 25 peserta ini turut meluangkan masa melawat dan menyampaikan sumbangan kepada Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis di Kangar.dengan kerjasama pihak warga kerja Petronas Group Digital (ICT), Badan Kebajikan Islam Petronas (BAKIP), Marrybrown and juga Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

Mereka turut berpeluang menyertai program ‘Kayuhan MAIPs Peduli’ dalam menjejaki dan menyantuni asnaf terpilih anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersama baginda berdua yang juga merupakan alumni bekas pelajar universiti berkenaan.

La Trobe University merupakan sebuah universiti penyelidikan multi kampus terkenal terletak di Melbourne, Australia yang pada ketika ini menduduki tempat ke-341 dalam “2019 QS World University Rankings”. Ia meletakkan universiti ini dalam skala 1.2 peratus ranking tertinggi antara universiti seluruh dunia.

 

Sumber daripada Utusan Online

 

Pengumuman

Iklan Jawatan Kosong

Mohon untuk klik pada

paparan IKLAN untuk

maklumat selanjutnya.

 

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Iklan Sebut Harga

Mohon untuk klik pada

paparan IKLAN untuk

maklumat selanjutnya.

MAIPs (S) 30 JLD. 40 Bil.8/2019

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Januari 2019

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,931.23 X 85gram /23 hari berniaga 

RM 14,529.57

Pengunjung

7929903
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
11457
12444
47182
7816988
253309
386671
7929903

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
28 29 30 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31 1

PAUTAN