Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Komitmen Kunci Kejayaan Sesuatu Usaha - Raja Muda Perlis


 

PADANG BESAR, 14 Mac 2019 (Khamis) - Komitmen dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara itu merupakan antara ‘kunci’ kejayaan seseorang dalam bidang yang diceburinya. 

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, begitu juga bidang akademik, antara faktor kecemerlangan pelajar ialah dengan memberikan tumpuan penuh ketika sesi pembelajaran di dalam kelas yang membolehkan mereka mendengar dengan lebih baik apa yang dipelajari.

Titah baginda, memberi fokus semasa guru mengajar amat penting kerana setiap yang diperkatakan merupakan ilmu dan informasi yang diperlukan bagi menghadapi peperiksaan bahkan di dalam kehidupan seharian.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin ketika berkenan berangkat merasmikan program ‘Titian Kasih Mega Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Mata Ayer, Tahun 2019’ yang diadakan di Dewan sekolah berkenaan di Mata Ayer, Padang Besar semalam.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah, Norlaila Harun serta Ketua Penyelaras Program, Kapten Azuan Mohd Nasir dan Hakim Khan.

Turut hadir ialah Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang turut menyampaikan tazkirah serta seramai 195 orang pelajar tingkatan satu hingga tiga sekolah itu.

Program masuk tahun yang ke 10 ini adalah anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri.

Baginda yang juga merangkap Pengerusi YTSP Perlis turut menambah, hasil kajian yang dijalankan mendapati 50 peratus kejayaan pelajar adalah dengan memberikan tumpuan semasa guru mengajar.

Namun, titah baginda, kejayaan dan kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya diukur melalui kejayaan akademik semata-mata, bahkan perlu memiliki nilai-nilai positif dalam diri masing-masing.

Turut diadakan bersempena keberangkatan baginda berdua ke sekolah tersebut ialah acara penanaman pokok bucida, demonstrasi robotik, perasmian pusat sumber yang dikenali sebagai ‘ Iqra’ ‘ serta titah motivasi kepada para calon SPM tahun 2019 sekolah berkenaan.

Baginda turut berkenan menerima mengadap delegasi seramai 65 orang pelajar dari enam buah sekolah dari serata Thailand yang menyertai program ‘Thailand-Malaysia ASEAN School Bonding Program’ yang berada di Perlis pada ketika ini dalam rangka lawatan sambil belajar dan turut melawat sekolah berusia tujuh tahun berkenaan.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Pengumuman

Iklan Jawatan Kosong

Mohon untuk klik pada

paparan IKLAN untuk

maklumat selanjutnya.

 

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Iklan Sebut Harga

Mohon untuk klik pada

paparan IKLAN untuk

maklumat selanjutnya.

MAIPs (S) 30 JLD. 40 Bil.8/2019

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Januari 2019

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,931.23 X 85gram /23 hari berniaga 

RM 14,529.57

Pengunjung

7977475
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
9793
13207
94754
7816988
300881
386671
7977475

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
28 29 30 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31 1

PAUTAN