Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Amalan Gaya Hidup Sihat Masih Tidak Memuaskan - Raja Muda Perlis

 


KANGAR, 10 Mac 2019 (Ahad) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail melihat sikap sesetengah masyarakat dalam mengamalkan gaya hidup sihat masih belum memuaskan.

Titah baginda, meskipun promosi dan kempen mengenai kepentingan menjaga kesihatan sering diadakan oleh pelbagai pihak, namun ia masih tidak mendapat sambutan menggalakkan.

"Kita tahu dan sedar tanggungjawab Jabatan Kesihatan adalah memberikan rawatan kepada para pesakit, tetapi amalan gaya hidup individu yang mengalami penyakit kronik itu dipengaruhi pelbagai faktor persekitaran yang tidak mampu ditangani oleh pihak jabatan secara bersendirian. 

"Penyakit-penyakit ini boleh dicegah sekiranya setiap individu mengamalkan cara hidup sihat dengan kekal aktif, makan secara sihat, tidak merokok serta menangani tekanan dengan bijak," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan melancarkan kempen hidup aktif peringkat negeri 2019 di pekarangan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis di Padang Behor di sini, semalam.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Sirajuddin Hashim.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan negeri, Azman Mohd. Yusof dan Pegawai Kewangan negeri, Nasaruddin Abdul Muttalib serta hampir 2,000 orang peserta dalam program tersebut.

Sementara itu, baginda menasihatkan rakyat agar mengamalkan gaya hidup sihat agar sesuatu penyakit itu dapat dicegah lebih awal.

"Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati, kita tidak mahu rakyat menderita dengan pelbagai penyakit disebabkan amalan hidup tidak sihat seperti pemakanan, merokok, minum minuman keras dan menagih dadah.

"Penyakit yang diakibatkan oleh amalan hidup tidak sihat ini sebenarnya boleh dicegah dan dilakukan pada peringkat awal lagi.

"Jadikanlah amalan hidup sihat dan aktif sebagai budaya dalam masyarakat kita," titah baginda.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 

Pengumuman

Iklan Jawatan Kosong

Mohon untuk klik pada

paparan IKLAN untuk

maklumat selanjutnya.

 

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Iklan Sebut Harga

Mohon untuk klik pada

paparan IKLAN untuk

maklumat selanjutnya.

MAIPs (S) 30 JLD. 40 Bil.8/2019

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Januari 2019

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,931.23 X 85gram /23 hari berniaga 

RM 14,529.57

Pengunjung

7977572
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
9890
13207
94851
7816988
300978
386671
7977572

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
28 29 30 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31 1

PAUTAN