Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Raja Perlis Terima Sembah Menghadap Duta Besar Thailand Ke Malaysia


 

ARAU, 12 Feb. 2019 (Selasa) - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap hormat oleh Duta Besar Thailand ke Malaysia, Narong Sasitorn dan Konsul Jeneral Thailand di Pulau Pinang, Raschada Jiwalai di Balai Menghadap Biru Istana Arau di sini, hari ini.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.

Dalam majlis tersebut Narong mempersembahkan ucapan menjunjung kasih kepada Tuanku Syed Sirajuddin dan Tuanku Syed Faizuddin Putra yang telah berkenan memainkan peranan yang besar dalam mempereratkan hubungan dua hala di antara Malaysia dan Thailand, khususnya Perlis.

Beliau juga memaklumkan supaya perbincangan di antara kedua-dua negara khususnya pihak berkuasa pembangunan Koridor Ekonomi Selatan Thailand dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi untuk kepentingan dan manfaat pembangunan bersama.

Selain itu, beliau turut memuji kejayaan demi kejayaan dicapai oleh Universiti Malaysia Perlis (Unimap) walaupun baru berusia 17 tahun dan juga kehebatan kemudahan yang disediakan di dalam Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Unimap.

"Penghargaan juga kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di atas segala kerjasama yang dilaksanakan bersama majlis-majlis agama Islam di enam wilayah Andaman sejak beberapa tahun yang lalu," kata beliau.

Selain menghadap baginda, Narong turut mengadakan lawatan ke kampus induk Unimap di Pauh Putra, mendengar taklimat pembangunan ekonomi negeri yang disampaikan oleh pihak Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Perlis, melawat Galeri Diraja Arau, diperkenalkan kepada sukan woodball dan juga menyampaikan ‘Syarahan Umum’ kepada guru-guru dan para pelajar Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah (Al Maad) Arau.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Januari 2019

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,931.23 X 85gram /23 hari berniaga 

RM 14,529.57

Pengunjung

6818636
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
784
5969
45182
6681007
238801
316667
6818636

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
27 28 29 30 31 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 1 2

PAUTAN