Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

DBP, MAIPs Perluas Kerjasama


 

KUALA LUMPUR , 9 Feb. 2019 (Sabtu) - Kerjasama erat antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah memberi impak yang cukup baik dalam memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu kepada masyarakat di Negeri Perlis.

Malah, usaha itu juga telah dikembangkan ke enam Wilayah Andaman di selatan negara jiran kita Thailand sejak beberapa tahun yang lalu.

Dalam pada itu Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri majlis sembah mengadap bagi membincangkan program-program yang bakal dilaksanakan secara bersama pada tahun ini dan disusuli dengan majlis santapan tengah hari yang dihoskan oleh pihak DBP di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur.

Keberangkatan tiba baginda selaku Yang Dipertua MAIPs disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom dan Ketua Pengarahnya, Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran.

Turut hadir ialah Mufti Perlis Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd. Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr. Hazman Hassan.

Dalam pada itu, Mohamed Hatta, merakamkan rasa menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra atas perkenan dan kesungguhan baginda dalam menaungi banyak program yang memberi manfaat kepada rakyat, termasuklah program bahasa dan persuratan dalam dan luar negara sejak sekian lama. 

Naungan dan dukungan baginda ini sudah tentulah akan menjadi faktor yang cukup besar dan diperlukan dalam menjayakan apa-apa juga program kenegaraan, katanya. 

Abang Sallehuddin pula berkata, bahawa DBP akan terus komited untuk bersama-sama dengan MAIPs dalam usaha memperkembang dan memperkasakan bahasa dan persuratan Melayu demi manfaat bersama, di samping akan terus  meninjau segala ruang dan peluang baharu untuk menghasilkan impak yang terbaik bagi segenap inisiatif yang dilaksanakan.

Sementara itu,  Mohd Nazim berkata, selain daripada menganjurkan bengkel-bengkel bahasa dan jawi, serta menerbitkan pelbagai buku dan artikel secara bersama, MAIPs juga amat berharap agar DBP akan meneruskan segala kerjasama dengan MAIPs dalam aktiviti tahunannya baik di dalam mahupun luar negara bersempena program ‘Perkampungan Sunnah’, ‘Mahabbah ke Enam Wilayah Andaman’, ‘OP PASIR di Pantai Timur Sabah’ dan lain-lain lagi dalam usaha untuk sama-sama memartabatkan sastera dan Bahasa Melayu.

Untuk rekod, MAIPs sebagai rakan strategik DBP telah pernah diberi pengiktirafan dinobatkan sebagai penerima ‘Anugerah Citra Sahabat DBP 2018’.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Januari 2019

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,931.23 X 85gram /23 hari berniaga 

RM 14,529.57

Pengunjung

6818613
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
761
5969
45159
6681007
238778
316667
6818613

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
27 28 29 30 31 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 1 2

PAUTAN