Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Prof Mohammed Abullais dilantik penyandang Kursi Jamalullail

 

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Mohammed Abullais telah dilantik sebagai Penyandang Kursi Jamalullail. Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Prof Mohammed pada satu majlis khas yang diadakan di UIAM di sini, semalam.

 

 

Turut berangkat adalah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Perlis (MAIPs) dan anakanda sulung, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail

 

Sebagai penyandang kursi tersebut, Prof Mohammed yang merupakan pensyarah di Jabatan Pengajian Quran dan Sunnah UIAM akan menerima geran penyelidikan untuk menjalankan kajian dalam bidang pengajian Islam.

 

Sejumlah 50 biasiswa juga akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang mengikuti pengajian peringkat ijazah kedoktoran di UIAM di bawah inisiatif tersebut.

 

Dalam titah ucapan pada majlis itu, Tuanku Syed Sirajuddin menitahkan bahawa pelajar yang mendapat manfaat daripada penubuhan kursi itu, sama ada dari negeri Perlis atau negara lain di dunia, perlu memikirkan untuk menyelesaikan pelbagai isu intelektual dan masalah masyarakat.

 

Baginda bertitah, mereka harus mengelakkan sebarang penglibatan dalam ideologi ekstrem dan sebarang salah guna agama demi fanatisisme.

 

“Mereka perlu menyerlahkan personaliti dinamik yang telah ditampilkan oleh para sarjana kita dalam menghormati dan mendukung biasiswa yang unggul.

 

“Beta berharap, dengan mengamati sikap ini, anda akan membawa lebih banyak faedah kepada ummah dan menjadikan usaha ini sebagai contoh di peringkat global,” titah baginda.

 

Prof Mohammed, 66, yang telah berkhidmat dengan UIAM selama 26 tahun, adalah seorang sarjana tersohor yang telah menghasilkan banyak penulisan akademik mengenai Islam. Penulisan beliau juga telah diterbitkan dalam beberapa jurnal antarabangsa.

 

Kursi Jamalullail adalah inisiatif di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertujuan untuk mempromosikan penyelidikan dan pengajian khusus dalam bidang pengajian Islam, Perbankan dan Kewangan Islam Pengajian Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris, Pelancongan Islam dan Pendidikan Awal Kanak-kanak. - BERNAMA

 

 

 

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Januari 2019

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,931.23 X 85gram /23 hari berniaga 

RM 14,529.57

Pengunjung

7549928
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
9036
15398
79497
7373607
260005
406943
7549928

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 1 2 3 4

PAUTAN