Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Raja Muda Mahu MAIPs Tampil Sebagai Agensi Agama Terbaik


 

BANGKOK, 7 Feb. 2019 (Khamis)- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan harapan untuk melihat sepanjang tahun 2019 ini Ahli-ahli Majlis serta semua peringkat warga Pekhidmat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan berusaha sedaya upaya agar organisasi tersebut menjadi agensi agama terbaik.

Baginda juga mahu MAIPs disegani serta sentiasa memiliki ciri-ciri cemerlang seperti cekap, progresif, responsif dan memenuhi kehendak pemegang amanah.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada pusat pendidikan ‘The Center For Islamic Study and Morale Enhancement - Bankrua Wittaya School’ yang terletak di 493 Bantudtona Ratchatevi District, Bangkok, Thailand yang diterima oleh Guru Kanan sekokah berkenaan, Leesak Ekachon petang semalam.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut serta mengiringi baginda berdua ialah anakanda-anakanda, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah, Puteri Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Tambah baginda lagi, “Jadikanlah tahun 2018 yang lalu sebagai cerminan terhadap usaha dan pencapaian MAIPs dan pada masa yang sama memperbaiki segala kekurangan yang ada.

“Saya percaya melalui gandingan usaha, kerjasama, kesepakatan serta penghayatan terhadap matlamat utama untuk memberikan yang terbaik terhadap bangsa dan agama, InsyaAllah segala perancangan MAIPs akan dipermudahkan oleh Allah,” titah baginda.

Sempena kunjungan tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyerahkan sumbangan zakat MAIPs kepada Masjid Jami-Ul-Hoy-Riyah yang terletak di dalam kawasan yang sama dan diterima oleh Puan Wantanee Wanlitas.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Januari 2019

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,931.23 X 85gram /23 hari berniaga 

RM 14,529.57

Pengunjung

7617742
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
11369
14887
58664
7470431
327819
406943
7617742

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 1 2 3 4

PAUTAN