Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Sektor Pelancongan Main Peranan Penting- Raja Muda Perlis


KANGAR, 13 Jan. 2019 (Jumaat) - Sektor pelancongan mampu memainkan peranan penting di dalam ekonomi sesebuah negara dan negeri kerana ia menjadi penyumbang terhadap pendapatan, pekerjaan serta memperluaskan ruang-ruang perniagaan kepada masyarakat setempat.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, industri pelancongan turut meliputi bidang perkhidmatan yang luas dan kemudahan diperlukan adalah pelbagai serta mampu menyediakan peluang pekerjaan baharu kepada semua lapisan penduduk.

“Kejayaan daripada segi promosi pelancongan di sesebuah lokasi dikatakan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi, meningkatkan tukaran wang asing, memperluaskan integriti budaya dan hubungan antarabangsa,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan menghadiri program ramah mesra bersama masyarakat di Masjid Ubudiah, Pulau Koh Sing Hai, Wilayah Ranong, Thailand, semalam.

Berangkat sama pada majlis itu, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan baginda berdua disambut oleh Imam masjid tersebut, Ahmad Ali Hussein dan penghulu kampung berkenaan, Zamrat Husin.

Turut mengiringi baginda ialah Gabenor Wilayah Ranong, Chatupot Piyamputra serta Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd. Noor.

Dalam pada itu, baginda juga tertarik apabila mengetahui bahawa kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Melayu juga menjadi salah satu daripada kelebihan penduduk di Pulau Koh Sing Hai ini.

Sehubungan itu, baginda berharap agar penduduk di pulau itu dapat terus mempelajari dan mengusai Bahasa Melayu dengan lebih mendalam lagi dan ia seharusnya boleh dijadikan antara salah satu keunikan dan tarikan pelancong khasnya masyarakat Muslim dari negara-negara jiran.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Januari 2019

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,931.23 X 85gram /23 hari berniaga 

RM 14,529.57

Pengunjung

7149974
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
10193
14973
66836
6989795
266994
303145
7149974

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
24 25 26 27 28 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31 1 2 3 4 5 6

PAUTAN