Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Kembali Kepada Al-Quran, As-Sunnah Bila Diuji - Raja Muda Perlis


 

KANGAR, 13 Jan. 2019 (Ahad) - Umat Islam mestilah merujuk kepada al-Quran dan as-sunnah tatkala diuji dalam kehidupan bagi memastikan tidak terpesong daripada landasan keimanan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, menasihatkan umat Islam supaya tidak hilang pedoman dan bertindak mengikut hawa nafsu jika ditimpa ujian.

"Al-Quran dan as-sunnahlah memimpin manusia ke jalan yang benar sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

"Jika seluruh umat Islam berpegang teguh kepadanya, nescaya ummah akan menjadi kukuh dan segala konflik dapat dielakkan.

"Ia seterusnya menatijahkan keberhasilan dan kejayaan terhadap segala peran­cang­an pembangunan dan kemajuan seperti yang dicita-citakan," titah baginda.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra ketika berkenan berangkat menghadiri program Ramah Mesra Bersama Masyarakat di Masjid Muhajirin yang terletak di Thazae dalam wilayah Chumphon, Thailand, semalam.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Wilayah Chumphon, Pitsanu Sri Saad dan Imam masjid, Harun Sangsri serta para pelajar Sekolah Fardhu Ain masjid berkenaan.

Turut hadir ke program bersempena Ziarah Mahabbah Tahunan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ke Wilayah Andaman, ialah Naib Gabenor Wilayah Chumphon, Sanit Sri Wihuk.  

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Yang Dipertua MAIPs turut menambah harapan agar seluruh umat Islam sentiasa bersatu sebagai ‘Ummatan Wahidah’ demi mewujudkan sebuah persekitaran kehidupan “Baldatun Toiyyibatun Warabbul Ghofur”, iaitu wilayah yang aman damai dan mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Di majlis tersebut, MAIPs turut menyerahkan sumbangan kepada masjid dan juga Sekolah Fardhu Ain masjid tersebut dan Masjid Budril Islami, Chumphon.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Januari 2019

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,931.23 X 85gram /23 hari berniaga 

RM 14,529.57

Pengunjung

7149982
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
10201
14973
66844
6989795
267002
303145
7149982

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
24 25 26 27 28 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31 1 2 3 4 5 6

PAUTAN