Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Terima Dengan Hati Terbuka - Raja Muda Perlis

KANGAR, 05 Jan. 2019 (Sabtu) - Imam kariah negeri yang ditamatkan kontrak perkhidmatan mereka Selasa lalu perlu menerima keputusan yang dibuat Majlis Agama Islam dan Adat Isitadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) itu dengan hati terbuka.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah sebarang tindakan yang boleh menimbulkan sebarang salah sangka terhadap keputusan MAIPs hendaklah dielak kerana tiada pihak mendapat manfaat daripadanya.

“Berhubung perkembangan semasa berkaitan perubahan urus tadbir di masjid negeri Perlis, maka hendaklah diketahui bahawa adalah menjadi hasrat MAIPs mencapai matlamat kecemerlangan dalam pengurusan.

“Untuk itu, MAIPs sudah menggariskan beberapa panduan dalam mencapai maksud tersebut sebagai satu proses berterusan membabitkan pelbagai aspek termasuk pengendalian dan pengimarahan masjid.

“Bagi menunaikan hasrat berkenaan, agensi di bawah MAIPs sudah dipertanggungjawab menjalankan fungsi dan peranan yang sewajarnya,” titahnya.

Kelmarin BH melaporkan seramai 25 imam kariah sekitar Perlis dipecat, manakala lebih 10 lagi ditukarkan ke kariah lain tanpa alasan melalui surat berkuatkuasa Selasa lalu.

Surat yang dikeluarkan JAIPs bertarikh 31 Disember 2018 itu dilihat dibuat secara tergesa-gesa kerana tiada rekod rujukan pada bahagian atas surat ditulis, selain notis yang dikeluarkan itu dianggap terlalu singkat.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah, antara langkah terbabit ialah melantik imam dan jawatankuasa baharu bagi masjid di seluruh Perlis yang dilaksanakan secara berperingkat.

“Tujuan di sebalik proses ini adalah bagi memberikan suntikan nafas baharu selaras objektif yang ditetapkan MAIPs.

“Pada masa sama, MAIPs sentiasa menghargai sumbangan dan pengorbanan besar yang sudah diberikan Imam, Pegawai Masjid, Nazir, Jawatankuasa Kariah dan mereka yang terbabit dalam menunaikan amanah yang diberikan sebelum ini,” titahnya.

Berikutan itu, baginda meminta semua imam terbabit menerima keputusan yang dibuat MAIPs dan terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada imam dan jawatankuasa masjid yang baharu dilantik.

Sumber daripada Berita Harian Online

 

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Iklan Sebut Harga

Mohon untuk klik pada

paparan IKLAN untuk

maklumat selanjutnya.

MAIPS(S) 30 JLD. 40 Bil.4/2019
MAIPS(S) 30 JLD. 40 Bil.5/2019

MAIPS(S) 30 JLD. 40 Bil.6/2019

MAIPS(S) 30 JLD. 40 Bil.7/2019

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

April 2019

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,569.42X 85gram /21 hari berniaga 

RM 14,447.65

Pengunjung

8273081
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
7433
12476
44116
8138734
230370
366117
8273081

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
26 27 28 29 30 31 1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 1 2 3 4 5 6

PAUTAN