Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Raja Muda Perlis Titah Tangani Pelupusan Sampah Plastik



ARAU, 6 Nov. 2018 (Selasa) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa perubahan amalan penggunaan plastik perlu disemai dalam masyarakat.

Pada masa yang sama, titah baginda, penggunaan plastik perlu ditangani secara holistik oleh seluruh lapisan masyarakat.

“Isunya adalah mengenai cara pelupusan. Ini kerana hampir 50 peratus daripada jumlah plastik yang dihasilkan merupakan ‘single-use plastic’ (SUP) dan anggaran global menunjukkan 13 juta tan plastik dihanyutkan ke lautan setiap tahun. 

“Begitu juga tempoh masa penguraian plastik yang lama menyebabkan ia menjadi sebahagian sampah yang sukar diuruskan,” titah baginda. 



Pencemaran, kata baginda, telah menjadi isu nasional yang memberikan implikasi negatif terutamanya kepada alam sekitar kita.

Kata baginda, pencemaran sisa plastik merupakan isu global dan telah dipilih menjadi tema Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia pada Jun yang lalu iaitu “Beat Plastic Pollution”. 



Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat merasmikan ‘Program Rakan Alam Sekitar Sempena Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Perlis Tahun 2018’ yang diadakan di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah, Arau baru-baru ini.



Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis, Azman Shah Ismail dan Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Izmi Ismail.



Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Datuk Dr. Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim dan Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Nasaruddin b Abdul Muttalib.



Program ini adalah anjuran JAS dengan kerjasama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK).



Ia turut mendapat sokongan kehadiran daripada para rakan industri serta IPTA termasuklah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), UiTM Perlis dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).



Tuanku Syed Faizuudin Putra turut menambah bahawa bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dalam tempoh semalaman, sebulan bahkan setahun, tetapi perlu dipupuk setiap masa supaya dijadikan ‘budaya’ dan amalan 3R (Reuse, Reduce dan Recycle).



“Kerajaan telah melancarkan kempen “Let’s Break Up With Single-Use Plastic” sebagai promosi kesedaran mengenai amalan sifar penggunaan plastik yang turut melibatkan Agensi Kerajaan lain seperti pihak berkuasa tempatan dan SWCorp.



“Pelbagai pengisian menarik dianjurkan pihak JAS termasuklah senamrobik, pertandingan pakaian beragam, pameran, kuiz dan permainan alam sekitar serta jualan hijau,” titah baginda.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 




Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Ogos 2018

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,314.22 X 85gram /21 hari berniaga 

RM 13,414.70

Pengunjung

5888739
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
7828
13274
68078
5756137
161807
251415
5888739

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
28 29 30 31 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 1

PAUTAN