Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Padang Bola Saksi 'Pertempuran' Veteran Utusan Malaysia Lawan Berita Harian


 

KUALA LUMPUR, 5 Nov. 2018 (Isnin) - Padang Kelab Kilat Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bangsar hari ini menyaksikan 'pertempuran mesra' di antara veteran Utusan Malaysia menentang veteran Berita Harian dalam satu perlawanan bola sepak amal bagi membantu mangsa gempa bumi di Palu, Indonesia.


Perlawanan berkesudahan dengan jaringan seri 2-2, dan berlangsung dengan penuh semangat setiakawan, menggambarkan keakraban serta hubungan baik di antara dua saluran media yang paling berpengaruh di Malaysia.

Bagi Pengarang Eksekutif Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, perlawanan amal itu merupakan simbol kebersamaan agensi media dalam usaha membantu golongan yang memerlukan sama seperti mangsa bencana alam di Palu.

“Ini adalah kali pertama Utusan Malaysia dan Berita Harian berganding bahu untuk program seumpama ini dan wajar untuk diteruskan pada masa akan datang.

"Walaupun kita bersaing dari segi media tetapi menerusi program sebegini, ia menunjukkan kita boleh bersatu dan Alhamdulillah, perlawanan Bola Sepak Amal 2018 antara Veteren Utusan Malaysia dan Veteren Berita Harian turut mendapat perkenan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail," katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin hadir merasmikan program itu sekali gus menerima sumbangan berjumlah RM28,600 dan sumbangan tersebut akan diagihkan di bawah kelolaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Ujar Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nizam Mohd. Noor, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Utusan Malaysia serta Berita Harian yang turut cakna dengan peristiwa malang yang telah berlaku baru-baru ini.

“Tindakan ini sekali gus membuktikan bahawa kita mempunyai solidariiti dan walaupun bukan kita yang menerima bencana tersebut tetapi kerjasama ini menunjukkan kita amat prihatin dengan kejadian yang berlaku.

“Sehubungan itu, sumbangan yang berjaya dikumpul ini akan diserahkan kepada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang telah dikenal pasti seperti Majlis Belia Perlis dan Institut Qayyim untuk diuruskan,” katanya.

Dalam masa sama, majlis tersebut turut menyaksikan masjid-masjid di Perlis tampil dengan kutipan bernilai RM122,709; TNB (RM20,000); Bank rakyat (RM3,000) dan Teras Tanjung (RM3,000).

Sumber daripada UTUSAN ONLINE







Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Ogos 2018

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,314.22 X 85gram /21 hari berniaga 

RM 13,414.70

Pengunjung

5888773
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
7862
13274
68112
5756137
161841
251415
5888773

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
28 29 30 31 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 1

PAUTAN