Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

MAIPs Tawar Lima Biasiswa Kepada Setiap 20 Negara Asia Pasifik Berjumlah RM200,00


 

KANGAR, 3 Nov. 2018 (Sabtu) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menawarkan sebanyak lima biasiswa kepada setiap 20 buah negara Asia Pasifik yang mengambil bahagian di dalam Persidangan Dakwah Serantau Kali ke-6 di negeri ini, tahun ini.

Pemberian biasiswa itu sekali gus membolehkan para pelajar yabg terpilih, menyambung pengajian mereka di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) untuk tempoh tiga tahun.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, melalui kerjasama yang bertujuan untuk meningkatkan aktiviti dan progam dakwah itu, MAIPs juga akan menyumbang sebanyak AS$2,500 (RM10,400) kepada setiap negara berkenaan.

Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat merasmikan persidangan tahunan tersebut yang di Dewan Warisan di sini, semalam.

Keberangkatan tiba baginda ke program anjuran Hidayah Centre Foundation (HCF) dengan kerjasama MAIPs itu, disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor dan Pengerusi HCF, Muhammad Abdullah@Nicholas Sylvester.

Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua MAIPs dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir, Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan pendakwah dari Jepun, Kyoichiro Sugimoto.

Dalam titah baginda lagi, Tuanku Syed Sirajuddin mengingatkan agar segala konflik politik dan pelbagai tohmahan berkenaan Islam, ditangani dengan sebaik mungkin oleh seluruh umat.

Dalam pada itu, persidangan tersebut telah dilaksanakan sejak 2014 lagi.

Ia menghimpunkan para pendakwah dari negara-negara Asia Pasifik bertujuan untuk memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama antara mereka.

Pada kali ini, seramai 128 peserta mengambil bahagian manakala 15 orang lagi adalah dari negara-negara pemerhati.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 



Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Ogos 2018

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,314.22 X 85gram /21 hari berniaga 

RM 13,414.70

Pengunjung

5888726
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
7815
13274
68065
5756137
161794
251415
5888726

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
28 29 30 31 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 1

PAUTAN