Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Kesedaran Pengurusan Sisa Elektronik Rakyat Perlu Ditingkatkan - KP JAS


 

ARAU, 3 Nov. 2018 (Sabtu) - Kesedaran orang ramai terhadap pengurusan pembuangan sisa eletronik perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan tapak pelupusan sampah di seluruh negara, boleh dipanjangkan jangka hayatnya.

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Ahmad Kamarulnajuib Ibrahim berkata, setiap tahun, rakyat negara ini membuang jutaan kilogram sisa elektronik terpakai.

Kata beliau, jika sikap itu berterusan, ia bukan sahaja mencemarkan alam sekitar, bahkan akan memendekkan tempoh hayat tapak-tapak pelupusan sampah.

“Oleh itu, menerusi Program Pengumpulan Sisa Elektronik Isi Rumah, JAS menggalakkan orang ramai supaya membuang sisa-sisa elektronik di tempat yang betul.

“Ini termasuklah televisyen, komputer, peti sejuk, periuk nasi dan barangan elektrik terpakai yang lain. Amalan ini telah dilakukan oleh Jepun dan tidak mustahil, kita juga boleh melakukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Hari Alam Sekitar Negara 2018 Peringkat Negeri di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Gajah di sini, hari ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan perasmian majlis tersebut.

Baginda terdahulu mengetuai kayuhan basikal sejauh 18 kilometer bagi menyantuni golongan asnaf di sekitar kawasan itu.

Menurut Ahmad Kamarulnajuib, beliau dan para pegawainya bertuah kerana dapat menyertai program kayuhan itu yang begitu sinonim dengan baginda.

Katanya, menerusi penyertaan itu membolehkan beliau melihat sendiri alam sekitar yang masih terpelihara di negeri ini dan beramah mesra dengan penduduk.

“Inilah sesuatu yang unik di negeri ini dan Tuanku Syed Faizuddin yang ‘dekat’ dengan penduduk dan alam sekitar,” katanya yang pertama kali menyertai program kayuhan itu.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Ogos 2018

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,314.22 X 85gram /21 hari berniaga 

RM 13,414.70

Pengunjung

5888746
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
7835
13274
68085
5756137
161814
251415
5888746

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
28 29 30 31 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 1

PAUTAN