Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Tutup Sementara Siasat Dakwaan Keganasan


 

KANGAR, 10 Okt. 2018 (Khamis) - Pusat pengajian persendirian yang menjadi lokasi pelajar asing ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti keganasan, baru-baru ini, diarah menghentikan operasi buat sementara.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail memerintahkan operasi dihentikan serta-merta sehingga satu tarikh yang akan diumumkan oleh Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, dalam tempoh penutupan itu, polis akan melaksanakan semakan terperinci dan tapisan keselamatan terhadap setiap individu yang terbabit di institusi berkenaan.

“Pada masa sama, pihak pengurusan agama di Perlis menuntut supaya pihak institusi berkenaan melaksanakan pengajian dengan pendekatan yang sederhana serta mengambil kira latar setempat.

“Pendekatan yang lebih harmoni, inklusif dan terbuka hendaklah dijadikan teras dalam proses pengajaran, pembelajaran dan pentadbiran,” titah baginda, hari ini.

Baginda bertitah demikian dalam satu pertemuan bersama Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Hazman Hassan; Ketua Polis Perlis dan pihak institusi pengajian itu di Istana Arau, di sini.

Raja Muda Perlis bertitah, tujuan perjumpaan berkenaan bukanlah untuk mencampuri siasatan polis, sebaliknya mendapatkan penerangan yang lebih jelas.

“Pihak pengurusan institusi berkenaan menafikan terbabit dengan apa juga aktiviti keganasan dan akan terus mengukuhkan kerjasama dengan pihak berkuasa dalam menangani elemen keganasan.

“Pihak pengurusan agama di Perlis sentiasa konsisten memberikan komitmen untuk bekerjasama dengan pihak polis dan agensi berkaitan untuk menjalankan tugasan mereka secara profesional dalam menangani sebarang unsur keganasan,” titah baginda.

Raja Muda Perlis berharap tiada pihak yang mengaitkan Perlis dengan isu keganasan selepas kepercayaan diberikan sepenuhnya kepada polis untuk melipatgandakan pemantauan keselamatan di negeri ini.


Sumber daripada BERITA HARIAN ONLINE

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Borang Permohonan Kursus

AKADEMI TRANSFORMASI

ASNAF MAIPs akan

berada di UTC PERLIS untuk

Program Peluang Kerjaya

ASNAF

Negeri Perlis.
JobFair @ UTC 5.0 Anjuran
 

JobMalaysia Negeri Perlis
Hari SABTU 6 Oktober 2018
Jam 9.00 Pagi - 5.00 Petang

Papar Borang

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Ogos 2018

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,314.22 X 85gram /21 hari berniaga 

RM 13,414.70

Pengunjung

5610053
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
288
7213
44748
5511210
134536
227835
5610053

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
30 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3

PAUTAN