Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

‘Fiqh Al-Waqi’ Perlu Diterjemahkan Dalam Sistem Pentadbiran Negara


 

KUALA LUMPUR, 13 Sept. 2018 (Khamis) -  Kepentingan Fiqh Al-Waqi’ dalam Pentadbiran Malaysia merupakan satu sistem yang boleh mengubah landskap kepimpinan negara ke arah menjadi negara yang lebih baik pada masa hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, beliau merasakan kepentingan di dalam meneliti dua perkara iaitu thawabit (perkara yang tidak boleh diubah) dan Fiqah Al-Waqi’ (memahami realtiti) di dalam pelbagai bidang.

“Pilihan untuk berubah di tangan kita sendiri untuk berganding bahu bagi mencapai aspirasi ‘rahmatan lil-alamin’ berdasarkan maqasid syariah tanpa mengira bangsa ataupun agama atau terus kekal jumud,” katanya ketika berucap pada majlis seminar Fiqh Al-Waqi di Kompleks Islam Putrajaya, hari ini.

Seminar disempurnakan  Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang merasmikan seminar sehari itu. Turut hadir Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin dan Presiden Murshid Dr Zaharuddin Abdul Rahman yang membentangkan kertas kerja masing-masing dan sesi soal jawab .

Dr Mujahid yang juga Naib Presiden AMANAH turut melancarkan  buku bertajuk “Melangkah ke Hadapan’ yang kemudiannya disempurnakan oleh Tuanku Raja Muda.

Dalam ucapan Dr Mujahid berkata,  kegagalan memahami realiti negara kita telah menyebabkan munculnya fatwa atau pandangan agama yang ekstrim terhadap perlembagaan negara kita sebelum ini.

“Fiqh al-Waqi’ merupakan satu disiplin ilmu yang mengambil kira realiti keadaan semasa sesuatu masyarakat dalam membuat sesuatu ijtihad berasaskan kajian semasa yang meliputi semua aspek, elemen, faktor, sama ada positif atau negatif,” ujarnya.

Katanya, matlamat pelaksanaan syariah telah menjadi matlamat tertinggi gerakan Islam dan menjadi kayu ukur jaya atau gagalnya jihad mereka tetapi konsep yang sempit dan terencat oleh kebanyakan para pendakwah dan ahli gerakan Islam, yang akhirnya membawa kepada sifat terlampau ketat mengenai perkara ini.

“Syariah Allah itu sangat luas, konsepnya harus difahami dengan teliti barulah ada politik atau bukan politik akan menjadi lebih mesra dan meriah dengan penyertaan masyarakat masyarakat dan kerajaan akan menjadi lebih adil dan objektif.

“Dalam konteks Malaysia secara khusus, usaha memartabatkan pelaksanaan syariah merangkumi pelaksanaan hukum jenayah hudud lebih-lebih lagi memerlukan kepada penguasaan Fiqh al-Waqi’.

Para pendakwah dan asatizah wajib memahami Perlembagaan Persekutuan dengan baik, mengetahui sempadan kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri, hak-hak pentadbiran pusat dan hak-hak sultan dan segala maklumat berkaitan amalan perundangan,”jelasnya.

Beliau menambah Fiqh Waqi’ sangat relevan dalam situasi kenegaraan sekarang apabila berdepan dengan isu seperti LGBT, status Islam anak muallaf dan radikalisme serta rasisme, jadi kita harus sentiasa diingatkan akan tujuan asal ijtihad diharuskan oleh syariah.

 

Sumber daripada malaysiadateline

 

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Ogos 2018

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,314.22 X 85gram /21 hari berniaga 

RM 13,414.70

Pengunjung

5944541
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
10734
16258
63630
5820661
217609
251415
5944541

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
28 29 30 31 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 1

PAUTAN