Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Raja Muda Perlis: Penetapan Hukum, Fatwa Perlu Ambil Kira Realiti Masyarakat


 

PUTRAJAYA, 13 Sept. 2018 (Khamis) - Penentuan sesuatu hukum atau fatwa di negara ini perlu mengambil kira realiti masyarakat Malaysia bagi memastikan objektifnya tercapai, kata Raja Muda Perlis.

 

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkata berfatwa atau mengeluarkan hukum adalah proses sukar yang memerlukan kemahiran serta pemikiran mendalam bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah penyelesaian terbaik, mengikut kehendak Al-Quran dan sunah, praktikal serta sesuai diamalkan.

 

“Objektif sebenar syariat tidak akan tercapai jika hanya mengambil ‘bulat-bulat’ nas Al-Quran dan Al-sunah tanpa melihat faktor budaya setempat, perubahan tempat dan zaman dalam penentuan hukum dan fatwa tersebut.

 

“Dalam memikirkan objektif sesuatu hukum di dalam syariat, kita tidak boleh bergantung hanya kepada teks zahir sahaja.

 

“Jika dilakukan tanpa melihat konteks dan faktor di sebalik nas-nas tersebut, maka pincanglah keputusan hukum yang diperoleh, jauh sekali menyelesaikan masalah dihadapi,” katanya ketika merasmikan seminar Fiqh Al-Waqi’ (Fiqh Realiti) di Malaysia di Kompleks Islam Putrajaya (KIP), hari ini.

 

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

 

Sementara itu, Mujahid dalam ucapannya berkata Malaysia berhadapan kekurangan ilmuwan agama yang mampu mendalami “Fiqh Waqi” bagi menetapkan sesuatu hukum atau fatwa.

 

Katanya, walaupun terdapat ramai lepasan agama yang mampu mengeluarkan nas-nas daripada sumber klasik selain berupaya menghafaz Al-Quran dan hadis dengan baik, tidak ramai yang memahami “Fiqh Waqi” atau realiti semasa di negara ini secara mendalam.

 

“Kegagalan memahami ‘Fiqh Waqi’ sehingga menetapkan hukum fatwa secara jumud tanpa mengikut realiti semasa boleh menyebabkan berlakunya elemen ekstremisme agama,” katanya.

Mujahid dalam ucapannya juga menyarankan pihak berkuasa agama melihat semula pemakaian gelaran ustaz dalam kalangan mereka yang “berbicara” tentang agama bagi mengelak salah faham terhadap Islam.

 

Tanpa standard atau piawaian tertentu, sesetengah pihak yang dilabelkan “ustaz” itu sering membahaskan ilmu agama tanpa mengikut keadaan realiti semasa, katanya.

“Ada mereka yang pandai selitkan 2 3 ayat al-Quran dalam ucapan dan tahu berbahasa Arab terus dilabelkan atau dipanggil ustaz, syeikh kabir, tuan guru dan sebagainya oleh masyarakat,” katanya.

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Ogos 2018

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,314.22 X 85gram /21 hari berniaga 

RM 13,414.70

Pengunjung

5944536
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
10729
16258
63625
5820661
217604
251415
5944536

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
28 29 30 31 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 1

PAUTAN