Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Perlis Tuan Rumah Woodball Dunia Ke-9

 

KANGAR , 9 Ogos 2018 (Khamis) - Perlis mencipta sejarah apabila buat julung-julung kalinya bakal menjadi tuan rumah kejohanan Woodball Dunia ke-9 pada 23 sehingga 30 Julai tahun 2020.

Kejohanan berskala besar peringkat dunia itu akan diadakan di Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb, Universiti Malaysia Perlis (Unimap) yang dipilih menjadi venue utama pertandingan tersebut.

Majlis penyerahan bendera penganjuran tersebut telah diadakan dalam satu majlis di Chiang Mai, Thailand yang menjadi tuan rumah kejohanan Woodball Dunia baru-baru ini.

Turut diadakan majlis penyerahan simbolik kayu woodball oleh Presiden Persekutuan Woodball Antarabangsa (IWF), Weng Ming Hui kepada Presiden Persatuan Woodball Malaysia (MWA), Elaine Tan Mee Hoi, sebagai simbolik bakal berlangsungnya kejohanan itu di Perlis dua tahun lagi.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Penaung Diraja Persatuan Woodball Perlis (PWNPs) turut berkenan berangkat hadir menyaksikan majlis penuh bersejarah buat negeri Perlis itu.

Selain itu, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan me­lancarkan logo rasmi kejohanan Woodball Dunia 2020.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, pengalaman Unimap menganjurkan beberapa pertandingan besar woodball sebelum ini seperti Kejohanan Woodball Universiti Asia Pertama dan Kejohanan Woodball Universiti Dunia sebelum ini memberi kelebihan kepada mereka menjadi tuan rumah terbaik nanti.

Titah baginda, Perlis mempunyai tujuh gelanggang woodball dan merupakan satu-satunya negeri di negara ini yang menganjurkan pertandingan liga sepanjang tahun bagi merebut keju­araan seperti Piala Tuanku Syed Faizuddin Putra; Piala Tuanku Canselor Unimap serta Piala Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Perlis (MAIPs).

“Pemilihan Unimap sebagai venue utama kejohanan Dunia Woodball 2020 diyakini tidak akan mengecewakan Perlis selaku tuan rumah memandangkan universiti itu mempunyai pengalaman menganjurkan pelbagai kejohanan besar sebelum ini,” titah baginda.

Sementara itu, Presiden PWNPs, Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, gelanggang woodball di Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Unimap di Pauh Putra telah bersedia untuk penganjuran kejohanan tersebut.

“Gelanggang tersebut meme­nuhi kriteria sebagai venue utama kejohanan itu dan kita yakin penganjuran nanti bakal menjadi antara yang terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau pula bakal menjadi tuan rumah Kejohanan Woodball Malaysia Terbuka 2020 pada tarikh sama dengan Kejohanan Woodball Dunia.

Sumber daripada Utusan Malaysia

 

 

 

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Borang Permohonan Kursus

AKADEMI TRANSFORMASI

ASNAF MAIPs akan

berada di UTC PERLIS untuk

Program Peluang Kerjaya

ASNAF

Negeri Perlis.
JobFair @ UTC 5.0 Anjuran
 

JobMalaysia Negeri Perlis
Hari SABTU 6 Oktober 2018
Jam 9.00 Pagi - 5.00 Petang

Papar Borang

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Ogos 2018

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,314.22 X 85gram /21 hari berniaga 

RM 13,414.70

Pengunjung

5594810
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
6850
8415
29505
5511210
119293
227835
5594810

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
30 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3

PAUTAN