Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Jadikan Mata Pelajaran Sains Menyeronokkan - Raja Muda Perlis


 

KANGAR, 8 Ogos 2018 (Rabu) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru agar para pendidik khususnya guru-guru agar lebih kreatif bagi menjadikan mata pelajaran sains ‘seronok’ untuk dipelajari sekali gus menarik minat pelajar.

Titah baginda, guru-guru disarankan agar sentiasa memberikan penekanan kepada aspek amali dan penyelidikan, di samping penekanan terhadap teori.

“Guru-guru seharusnya memainkan peranan untuk membantu membetulkan tanggapan kanak-kanak sejak dari sekolah rendah lagi bahawa mata pelajaran sains itu sukar dipelajari,” titah baginda.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menghadiri program ‘Jejak Prihatin’ anjuran bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis dan Universitas Islam Riau (UIR) Indonesia dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis yang diadakan di Masjid Al-Ittifaqiah, Kampung Mengkuang Layar, Utan Aji, di sini semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Dalam program edisi kedua bagi tahun ini, seramai 34 orang pelajar semester lima dan tujuh daripada jurusan Agroteknologi, Perniagaan, Pengurusan, Ekonomi, Teknologi Maklumat, Perancangan Bandar dan Sukan Rekreasi universiti tersebut menyertai program mobiliti pelajar di UiTM Cawangan Perlis selama tiga minggu mulai 1 hingga 27 Ogos ini.

Para pelajar yang berusia di antara 20 hingga 22 tahun itu terdiri daripada 16 lelaki dan 18 wanita, teruja kerana turut diberi kesempatan menyertai program berbasikal ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ kali yang ke 59 bagi tahun 2018 sejauh 12 kilometer yang bermula dan berakhir di perkarangan masjid itu bagi mengiringi baginda.

Pada tarikh dan tempoh yang sama, seramai 34 orang pelajar UiTM Cawangan Perlis juga sedang menjalani latihan praktikal yang sama di UIR Pekanbaru.

Untuk rekod, pada sesi kayuhan kali ini seramai 120 orang lagi asnaf terpilih dalam kalangan anak-anak kariah Kg. Mengkuang Layar, Kg. Sentua dan Kg. Titi Beratap yang masing-masing menerima agihan zakat sebanyak RM600 dengan jumlah penuh daripada MAIPs pada kali ini sebanyak RM72,000.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE




Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Borang Permohonan Kursus

AKADEMI TRANSFORMASI

ASNAF MAIPs akan

berada di UTC PERLIS untuk

Program Peluang Kerjaya

ASNAF

Negeri Perlis.
JobFair @ UTC 5.0 Anjuran
 

JobMalaysia Negeri Perlis
Hari SABTU 6 Oktober 2018
Jam 9.00 Pagi - 5.00 Petang

Papar Borang

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Ogos 2018

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,314.22 X 85gram /21 hari berniaga 

RM 13,414.70

Pengunjung

5594796
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
6836
8415
29491
5511210
119279
227835
5594796

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
30 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3

PAUTAN