Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Nasihat Raja Muda Perlis Cari Rakan Sebaya Yang Minat Belajar

 

KANGAR, 8 Julai 2018 (Ahad) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan anak-anak yatim supaya mencari rakan sebaya yang berminat serta bersungguh-sungguh untuk belajar seterusnya bersama maju dalam pelajaran.

Dalam masa sama, baginda turut menasihatkan para pelajar ini supaya mempunyai strategi untuk berjaya di dalam pelajaran termasuklah memberi tumpuan khusus semasa di dalam kelas. 

“Selain itu, mereka juga perlu membuat jadual ulang kaji pelajaran, mengimbangi masa di antara pelajaran, aktiviti kokurikulum, sukan dan riadah. 

“Para pelajar juga jangan malu untuk bertanya kepada guru jika tidak jelas atau memahami sesuatu permasalahan berkaitan mata pelajaran selain rajin membuat nota ringkas bagi setiap mata pelajaran,” titah baginda. 

Baginda bertitah demikian selepas berkenan merasmikan Majlis Jalinan Syawal Kasih Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Menyantuni Anak Yatim Negeri Perlis Tahun 2018 di Ombak Villa Resort, Kuala Melaka, Pulau Langkawi semalam. 

Berangkat sama pada majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. 

Turut berangkat ialah anakanda-anakanda baginda berdua iaitu Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail. 

Keberangkatan tiba tetamu diraja itu disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengerusi Eksekutif MK Land Holdings Berhad, Felina Mustapha Kamal. 

Seramai 171 orang anak yatim daripada tujuh buah rumah amal di Perlis mengambil bahagian dalam program itu, pada tahun ini. 

Sementara itu, baginda turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada rakan penaja yang menjayakan program tersebut seperti MK Land Holdings Berhad; Ombak Villa Langkawi; Unic Group of Companies; Langkawi Wildlife Park; Langkawi Auto Express; Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), McDonald's Malaysia, dan QSR Brand (M) Holdings Sdn. Bhd; Panorama Langkawi dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis. 

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Mei 2018

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 2,982.19 X 85gram /18 hari berniaga 

RM 14,082.56

Pengunjung

4918649
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
1839
5296
12439
4867264
92503
229023
4918649

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

PAUTAN