Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Rakyat Digalakkan Amal Gaya Hidup Sihat


 

ARAU, 7 Julai 2018 (Sabtu) - Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan agar setiap peringkat kepemimpinan mengalakkan rakyat supaya sentiasa aktif dengan menjadikan gaya hidup sihat sebagai amalan.

Titah baginda, semangat perpaduan melibatkan rakyat pelbagai kaum di negara ini khususnya Perlis juga boleh dipupuk melalui bidang sukan ini. 

“Sesungguhnya aktiviti sukan memberikan pelbagai manfaat dan merupakan platform terbaik bagi melahirkan masyarakat cergas luaran dan mindanya menerusi latihan yang konsisten dan seimbang daripada pelbagai aspek merangkumi mental, fizikal dan emosi. 

“Selain itu, ia mampu membentuk generasi yang berdisiplin tinggi dan secara tidak langsung akan membentuk akhlak yang hebat, mulia, lebih bertanggungjawab dan mempunyai jati diri yang kental,” titah baginda. 

Baginda bertitah demikian selepas berkenan merasmikan Majlis Penutupan Program Kayuhan Perdana @ Mysihat 2018 di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) di sini hari ini. 

Berangkat sama pada program anjuran PTSS itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. 

Keberangkatan tiba baginda berdua ke program yang dianjurkan bersempena sambutan hari ulang tahun keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ke-75 dan Pesta Konvo PTSS 2018 itu disambut oleh Pengarah PTSS, Dr. Mohd Zahari Ismail. 

Antara aktiviti yang memeriahkan program tersebut ialah kayuhan basikal sejauh 45 kilometer dan 5 kilometer yang turut disertai Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen. 

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, sukan berperanan sebagai salah satu benteng kepada generasi muda daripada terlibat dengan aktiviti tidak sihat khususnya najis dadah. 

Titah baginda, gejala sosial sememangnya menjadi ‘duri dalam daging’ dan perlu dihapuskan sehingga ke akar umbi kerana para belia merupakan harapan bangsa dalam melestari kecemerlangan dan pembangunan negara pada masa akan datang. 

“Program kesukanan bukan hanya bermatlamat untuk menentukan pemenang atau juara bagi sesuatu acara semata-mata tetapi apa yang lebih penting ialah untuk memberikan pendidikan kepada para pelajar dan golongan muda bahawa kejayaan itu hanya akan dapat dicapai melalui usaha, ketekunan dan perancangan yang rapi,” titah baginda. 

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Jun 2018

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,289.82 X 85gram /20 hari berniaga 

RM 13,981.74

Pengunjung

5394644
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
3642
5655
18300
5315094
146962
242699
5394644

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
26 27 28 29 30 31 1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 1 2 3 4 5 6

PAUTAN