Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

ATAM Berjaya Tingkat Taraf Hidup 128 Belia Asnaf Perlis


 

KANGAR, 5 Julai 2018 (Khamis) - Sebanyak 128 belia dalam kategori asnaf di negeri ini telah berjaya meningkatkan taraf hidup mereka dengan memperoleh pendapatan melebihi RM5,000 sebulan, melalui Program Kerjasama Akademi Transformasi Asnaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) - ATAM.

Menerusi program perintis tersebut, kesemua mereka yang berusia antara 18 hingga 40 tahun itu, diberikan latihan berbentuk jangka pendek antara tiga hingga enam bulan di institusi tertentu untuk meningkatkan kemahiran masing-masing sebelum diserapkan ke syarikat-syarikat untuk bekerja. 

Terdapat lapan buah institusi yang terlibat dalam menyediakan latihan berkenaan, antaranya adalah di Akademi Binaan Malaysia, Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah (Kismec) dan syarikat Imbasan Nilai Sdn. Bhd. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor, sepanjang tempoh pembelajaran belia-belia asnaf berkenaan, kesemua kosnya ditanggung sepenuhnya oleh majlis agama itu. 

Kata beliau, bidang yang dipelajari oleh golongan berkenaan adalah automotif, jentera berat serta minyak dan gas. 

“Syukur kerana kesemua belia asnaf ini yang suatu ketika dahulu tiada pekerjaan atau bekerja dengan pendapatan yang rendah tetapi kini mendapat gaji yang lumayan sekali gus mampu mengubah nasib hidup. 

“Dalam hal ini, mereka perlu keluar dari Perlis untuk mengikuti kursus jangka pendek seterusnya bekerja di negeri-negeri lain. Bagi MAIPs, kita tiada pilihan melainkan untuk memberi kemahiran dan ilmu kepada anak-anak asnaf ini untuk mereka mengubah hidup,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri Majlis Raikan Syawal dan Pelancaran Program Kolaborasi ATAM di ibu pejabat majlis tersebut di sini hari ini. 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat bercemar duli menghadiri majlis berkenaan. 

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man. 

Terdahulu pada majlis itu, seramai 12 orang peniaga makanan kategori asnaf yang dipantau oleh MAIPs, terlibat menjayakan program tersebut dengan menyediakan pelbagai juadah kepada tetamu yang hadir selain jualan produk mereka. 

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 

 

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Ogos 2018

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,314.22 X 85gram /21 hari berniaga 

RM 13,414.70

Pengunjung

5876434
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
8797
6998
55773
5756137
149502
251415
5876434

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
28 29 30 31 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 1

PAUTAN