Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Siap Siaga Hadapi Ancaman Dunia Tanpa Sempadan


 

SATUN,Thailand 11 Jun 2018 (Isnin) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan anggota keselamatan sama ada dari Malaysia atau Thailand supaya sentiasa bersikap profesional, kompeten serta bersiap sedia melaksanakan misi yang ditugaskan dalam mempertahankan kedaulatan negara tercinta masing-masing.

Baginda bertitah, dalam keadaan dunia tanpa sempadan, apa yang sedang berlaku di sesebuah negara itu boleh merebak atau dipindahkan ke negara ketiga atau yang terletak di bersebelahan dalam masa yang begitu singkat.

“Oleh itu, setiap warga anggota keselamatan perlu sentiasa peka dan berwaspada pada setiap waktu untuk menghadapi sebarang perkara atau kejadian yang tidak diingini,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan kuih raya kepada anggota keselamatan dan petugas Malaysia-Thailand serta berbuka puasa di Masjid Kuandon, di sini hari ini.

Berangkat sama pada program anjuran Kerajaan Negeri Perlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda bongsu baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Timbalan Gabenor Wilayah Satun, Charuwat Kliengklao.

Turut hadir, pegawai-pegawai daerah wilayah tersebut, ketua tentera, polis serta ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan di sempadan Thailand-Malaysia.

Terdahulu baginda singgah di sekolah Khuan Don Wittaya dan meluangkan masa kira-kira 30 minit bagi melihat sendiri Pusat Inovasi 3R kitar semula yang telah menjadi juara bagi seluruh Thailand selain menyerahkan sumbangan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Sementara itu, baginda bertitah, keadaan keselamatan yang tidak menentu dan apa-apa sahaja yang tidak diduga boleh tercetus atau berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Titah baginda, situasi sedemikian memerlukan pasukan keselamatan yang sentiasa berwaspada dan mampu bertindak dalam masa yang singkat.

“Justeru, semua unit keselamatan Thailand mahupun Malaysia perlu bersiap-siaga pada setiap masa bagi berdepan sebarang bentuk ancaman ataupun malapetaka yang mungkin akan berlaku di negara kita sendiri, negara jiran mahupun di rantau ini.

“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya perlu bekerjasama dengan lebih erat dengan rakan-rakan mereka di Thailand khususnya di wilayah sempadan dan negara asing yang lain demi untuk memperkukuhkan pertahanan dan keselamatan,” titah baginda.

 

 Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

April 2018

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,500.66 X 85gram /21 hari berniaga 

RM 14,169.34

Pengunjung

4729337
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
2124
6682
8806
4662224
132214
231734
4729337

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
27 28 29 30 31 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30

PAUTAN