Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

JKDM Serah Kenderaan Kepada MAIPs


KANGAR, 11 Jun 2018 (Isnin) - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyerahkan kenderaan Nissan NV350 Urvan yang dilucutkan hak kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk kegunaan kerja-kerja kebajikan.

Kenderaan tersebut diserahkan oleh Penolong Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan), Datuk Azimah Abdul Hamid kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs dalam satu majlis ringkas di pekarangan Kompleks Kastam negeri, di sini hari ini.

Berangkat sama pada majlis tersebut, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda bongsu baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengarah JKDM negeri, Wan Nor Wan Mamat.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Sementara itu, MAIPs dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis akan menggunakan van tersebut bagi mengambil dan menghantar pesakit buah pinggang yang dikenal pasti bagi mendapatkan rawatan hemodialisis secara berjadual di Pusat Dialisis Tuanku Syed Putra dan juga Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Melalui pendekatan murni ‘Projek Diraja Perlis’ hasil inisiatif Tuanku Syed Faizuddin Putra itu, para pesakit buah pinggang yang terdiri daripada golongan miskin akan mendapat pembelaan sewajarnya.

Individu yang akan menerima perkhidmatan van itu hanya akan disahkan layak terlebih dahulu oleh satu panel khas yang dianggotai oleh pegawai MAIPs, YTSP Perlis dan pihak HTF sendiri.

Sementara itu, Azimah dalam ucapannya berkata, pemberian kenderaan tersebut adalah sebagai tanda sokongan kepada kerja-kerja Tuanku Syed Faizuddin Putra terhadap rakyat selama ini.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

April 2018

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,500.66 X 85gram /21 hari berniaga 

RM 14,169.34

Pengunjung

4729339
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
2126
6682
8808
4662224
132216
231734
4729339

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
27 28 29 30 31 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30

PAUTAN