Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Pendidikan Adalah Harta Paling Bernilai - Raja Muda Perlis


KANGAR, 8 Jun 2018 (Jumaat) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan golongan pelajar agar mementingkan pendidikan yang merupakan harta paling bernilai kepada mereka pada masa hadapan.

Titah baginda, pendidikan dapat membuka peluang serta jaminan masa hadapan yang lebih cerah kepada diri sendiri dan keluarga.

Dalam masa sama, baginda juga berharap golongan pelajar ini sentiasa berazam untuk meningkatkan kualiti diri bagi menjamin masa depan, memandangkan kehendak semasa nyata hanya memberi peluang kepada pelajar terbaik dan cemerlang sahaja untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi termasuklah di universiti.

“Dalam dunia hari ini, masyarakat melihat pelajar yang cemerlang sebagai kunci kepada pembentukan ketamadunan negara dan sebuah bangsa yang unggul.

“Para pelajar perlulah bangun daripada lena yang mengasyikkan atau terleka oleh dunia hiburan tanpa sempadan yang melalaikan seterusnya gagal membentuk individu menjadi modal insan yang berharga kepada agama, keluarga, masyarakat, bangsa, negeri dan negara,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat bercemar duli menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Rumah Kanak-kanak (RKK), Arau pada Program Hijrah Minda MAIPs di Masjid Nurul Iman, Kurong Batang di sini hari ini.

Sumbangan berjumlah RM22,400 itu diserahkan sendiri oleh baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs kepada Pengetua RKK Arau, Anies Suzana Azhan.

Sumbangan tersebut adalah bagi membolehkan RKK Arau menganjurkan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan ini.

Dalam majlis sama, baginda turut berkenan menerima zakat pendapatan daripada Bank Muamalat berjumlah RM143,669 yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif bank itu, Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid.

Yang turut hadir pada majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Sumber daripada  UTUSAN ONLINE

Pengumuman

Tawaran Sebutharga

Kenyataan Tawaran Sebutharga

bertarikh 25 Julai 2018 (RABU)

Sila klik di ruangan IKLAN

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Jun 2018

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,289.82 X 85gram /20 hari berniaga 

RM 13,981.74

Pengunjung

5111703
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
10862
7822
24729
5033956
106720
178837
5111703

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31 1

PAUTAN