Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Jadikan Amanat Raja Perlis Sebagai Garis Panduan - Raja Muda Perlis


 

KANGAR , 6 Jun 2018 (Rabu) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamaluilail bertitah supaya tujuh amanat Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sebelum ini dijadikan asas kepada pembentukan hala tuju dan pelan strategik Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi tahun 2021-2025.

Dalam masa sama, baginda juga menyarankan agar MAIPs memikirkan usaha-usaha terbaik untuk turut melibatkan pihak-pihak lain seperti pemimpin masyarakat di semua peringkat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan dan komuniti setempat agar turut sama mematuhi amanat berkenaan. 

“Jika diteliti, amanat tersebut benar-benar lahir daripada lubuk hati baginda (Raja Perlis) sendiri berkaitan ajaran Islam di negeri ini merangkumi segenap urusan kehidupan bermula daripada rakyat biasa hinggalah kepada para pemimpin. 

“Selain itu, ia juga merupakan sifat keadilan Islam terhadap kehidupan termasuklah kepada yang bukan beragama Islam,” titah baginda. 

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat merasmikan Muqasyah Tujuh Amanat Raja Perlis dan Iftar bersama agensi agama Islam negeri ini di salah sebuah hotel, di sini semalam. 

Berangkat sama pada majlis itu ialah, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. 

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr. Hazman Hassan. Turut hadir, Pendakwah dari Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Irsyad Arab Saudi, Dr. Muhammad Marran Ar-Ruwaily. 

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin turut mencadangkan agar satu jawatankuasa ditubuhkan bagi mengukur sejauh mana keberkesanan terhadap pelaksanaan titah amanat yang berusia hampir setahun itu. 

“Semua jabatan dan agensi bersama MAIPs diharap tanpa berbelah bahagi menjunjung titah amanat ini dan menjadikan kandungannya sebagai garis panduan dalam melaksanakan program dan aktiviti jabatan serta agensi masing-masing. 

“Amanat ini juga hendaklah tidak sekadar dijadikan satu hiasan sebaliknya dijadikan satu penghayatan dan manifestasi hasrat dan keinginan baginda sendiri bagi menyaksikan fahaman Islam yang suci ini benar-benar difahami dan dihayati oleh segenap lapisan masyarakat di negeri Perlis,” titah baginda.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Borang Permohonan Kursus

AKADEMI TRANSFORMASI

ASNAF MAIPs akan

berada di UTC PERLIS untuk

Program Peluang Kerjaya

ASNAF

Negeri Perlis.
JobFair @ UTC 5.0 Anjuran
 

JobMalaysia Negeri Perlis
Hari SABTU 6 Oktober 2018
Jam 9.00 Pagi - 5.00 Petang

Papar Borang

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Ogos 2018

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,314.22 X 85gram /21 hari berniaga 

RM 13,414.70

Pengunjung

5594794
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
6834
8415
29489
5511210
119277
227835
5594794

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
30 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3

PAUTAN