Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Raja Muda Perlis Sertai Ihya Ramadan MAIPs Di Hatyai


 

KANGAR, 3 Jun 2018 (Ahad) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan program Ziarah Ihya Ramadan untuk menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Islam bersempena bulan Ramadan di Hatyai, Thailand semalam.

Menurut kenyataan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini, program tahunan ke-15 itu dianjurkan oleh majlis tersebut dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis. 

Berangkat sama pada program itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. 

Dalam kunjungan itu Tuanku Syed Faizuddin singgah di Pondok Darulislan M.3 Thapo, Khlong Nge, Sadao yang menempatkan 30 warga emas mendalami ilmu agama dan 200 kanak-kanak yang mengikuti pengajian agama pada setiap Sabtu dan Ahad. 

Baginda kemudian singgah di Masjid Sollahuddin Bangfab berusia setahun yang dibina hasil sumbangan orang ramai dan seorang dermawan dari Doha, Qatar di pinggir kota Hatyai untuk menunaikan solat jamak zuhur dan asar. 

Di kedua-dua tempat itu Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyampaikan sumbangan masing-masing sebanyak RM2,000 bagi menganjurkan aktiviti ihya Ramadan. 

Dalam titahnya, baginda menyeru umat Islam supaya saling memperingati dan bersedia melakukan perubahan untuk membaiki diri atau organisasi masing-masing. 

Baginda juga mahu umat islam mengawal nafsu, mengamalkan cara hidup sederhana, dan tidak membazir. 

Sumber daripada BERNAMA

 

 

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

April 2018

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,500.66 X 85gram /21 hari berniaga 

RM 14,169.34

Pengunjung

4741187
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
6900
7074
20656
4662224
144064
231734
4741187

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
27 28 29 30 31 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30

PAUTAN