Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Bawa Beg Kitar Semula Dari Rumah, Beli Juadah Di Bazar Ramadan - Raja Muda Perlis


 

KANGAR, 2 Jun 2018 (Sabtu) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, berharap agar pengunjung bazar Ramadan di negeri ini mengambil inisiatif membawa beg guna semula dari rumah bagi mengurangkan penggunaan beg plastik di sepanjang bulan itu.

Baginda bertitah, peningkatan penggunaan beg plastik yang akhirnya akan dilupuskan di tapak pelupusan sampah hanya akan mengakibatkan pencemaran toksik di dalam tanah dan air. 

"Beg plastik mengambil masa yang panjang untuk terurai selain akan memendekkan jangka hayat tapak pelupusan yang ada. 

"Pelepasan beg plastik ke sungai dan lautan pula akan menjejaskan kehidupan marin dan ekosistem. Tanah dan air ini (tercemar) akhirnya akan diguna semula dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit," titah baginda. 

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian ketika berkenan berangkat melancarkan 'Kempen Kurangkan Beg Plastik' bersempena bulan Ramadan di Bazar Ramadan di Simpang Empat di sini semalam. 

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah SWCorp Perlis, Mohd. Hidy Md. Dzahir. Turut hadir ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPKPs), Khairin Nazry Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd. Nazim Mohd. Noor. 

Program anjuran SWCorp Perlis bersama Environment Idaman (E-Idaman) Sdn.Bhd itu mendapat kerjasama MPKPs, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan MAIPs. 

Turut diedarkan bubur lambuk serta risalah-risalah mengenai Kempen Hargai Makanan Elakkan Pembaziran dan juga Kempen Guna Mangkuk Tingkat Sempena Ramadan. 

Program tersebut disekalikan dengan aktiviti kayuhan berbasikal 'MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf' kali yang ke-41 bagi tahun ini yang bermula dan berakhir di perkarangan Masjid Simpang Empat. 

Terdahulu seramai 120 asnaf terpilih daripada kariah Simpang Empat, Sungai Baru dan Sungai Bugis menerima sumbangan agihan zakat MAIPs sebanyak RM600 setiap seorang dengan jumlah keseluruhannya sebanyak RM72,000 yang disempurnakan oleh baginda sendiri Yang Dipertua MAIPs. 

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

April 2018

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,500.66 X 85gram /21 hari berniaga 

RM 14,169.34

Pengunjung

4741195
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
6908
7074
20664
4662224
144072
231734
4741195

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
27 28 29 30 31 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30

PAUTAN