Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • 1.png
  • 2.jpg
  • banner2.png
  • banner3.jpg
  • banner4.png
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.png

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

MAIPs, UiTM Cawangan Perlis Anjur Program Kayuhan Pembuka Tirai 2018


 

ARAU, 2 Jan 2018 (Selasa) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan negeri ini menganjurkan program kayuhan ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ di sini semalam, sebagai pembuka tirai 2018.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan bercemar duli menyertai acara kayuhan sejauh 12 kilometer itu yang bermula dan berakhir di perkarangan Masjid An-Nur universiti tersebut. 

Keberangkatan baginda disambut oleh Rektor UiTM cawangan negeri, Zailuddin Ariffin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor serta para pegawai kanan UiTM Perlis dan MAIPs. 

Turut serta Mufti negeri, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin; Panglima Briged Ke-30 Infantri, Brig. Jen. Hashim Aman Shah dan Ketua Polis negeri, Datuk Azisman Alias. 

Apa yang menarik, program itu turut diisi dengan acara menanam pokok mempelam harumanis yang bernombor siri 50 ketika singgah di salah sebuah plot ladang kampus UiTM tersebut sempena sambutan hari ulang tahun keputeraan baginda yang ke-50, pada 30 Disember lalu. 

Plot yang akan dikenali sebagai Plot Pelbagai Varieti Mangga itu akan ditanam dengan pelbagai jenis mempelam oleh pihak UiTM cawangan negeri bagi mempromosikan pelancongan pendidikan. 

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah supaya golongan belia mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang mencukupi kerana golongan tersebut merupakan pewaris kelangsungan kegemilangan negara. 

“Seorang ahli falsafah pernah berkata, ‘akar bagi pelajaran memang pahit, tetapi buahnya manis’. Sesungguhnya tiada jalan mudah mencapai kejayaan. 

“Setiap satunya disertai ranjau, onak dan duri. Namun, itulah azimat yang membangkitkan kekuatan seseorang untuk menempa kejayaan di dalam pelajaran,” titah baginda. 

Baginda selaku Yang Dipertua MAIPs turut berkenan mengurniakan Plaka Tujuh Amanat Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail kepada Zailuddin untuk dihayati dan dipraktikkan oleh seluruh warga UiTM tersebut khususnya siswa dan siswi. 

Amanat yang telah dizahirkan sempena Multaqa Tuanku Syed Sirajuddin antara lain menyentuh mengenai keperluan untuk menyediakan generasi muda-mudi yang memahami agama Islam selaras dengan al-Quran dan sunnah. 

Turut disampaikan ialah sumbangan MAIPs bernilai RM6,000 untuk Tabung Kebajikan Pelajar UiTM Cawangan negeri. 

Diakhir program, para peserta kayuhan turut meraikan hari lahir Rektor UiTM Perlis dan Mufti Perlis yang kedua-duanya jatuh pada hari yang sama iaitu semalam. 

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Pengumuman

Iklan Sebutharga

Iklan Sebutharga 

Mohon untuk klik: 

 

Tawaran kerja membekal

dan memasang 

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

November 2017

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,777.23 X 85gram /22 hari berniaga 

RM 14,593.84

Pengunjung

5377530
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
4465
12212
64106
5251892
177077
262856
5377530

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3

PAUTAN