Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Zakat Perkongsian Harta - Raja Muda Perlis


 

KANGAR, 4 Mei 2018 (Jumaat) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mengingatkan kepada umat Islam bahawa zakat adalah ’perkongsian’ harta daripada kalangan golongan kaya dan berkemampuan untuk disalurkan kepada si miskin dan mereka yang memerlukan.

Titah baginda, ibadah zakat menggambarkan keseimbangan sosial di dala ajaran Islam itu sendiri. 

“Ironinya, semakin kaya sesebuah masyarakat itu akan meningkat kutipan zakatnya dan menjadikan semakin banyak golongan asnaf zakat yang terbela. 

“Apatah lagi, zakat itu juga amalan murni yang berkesinambungan daripada apa yang telah diamalkan sebelum turunnya Islam,” titah baginda. 

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyertai program kayuhan berbasikal anjuran bersama MAIPs dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejauh 14 kilometer yang bermula dan berakhir di Masjid Al-Ridzuan Kampung Behor Masjid, Kayang, semalam. 

Turut serta dalam program yang disekalikan dengan program ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ kali Ke-33 bagi 2018 ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd. Wahab Fenner yang diiringi oleh Pengarah SSM negeri, Ahmad Nizam Samsoo. 

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor dan bekas Pengarah SSM negeri, Ramle Leen. 

Seramai 120 orang asnaf terpilih daripada kawasan sekitar menerima agihan zakat MAIPs sebanyak RM600 seorang bersempena program tersebut. 

Bersempena kayuhan tersebut baginda turut berkenan menyerahkan sebuah rumah bernilai RM40,000 berserta kelengkapan rumah bernilai RM3,000 hasil sumbangan daripada pihak SSM melalui MAIPs kepada seorang warga asnaf, Ibrahim Abdullah, 63, yang tinggal di Kampung Sungai Bugis, Simpang Empat.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Ogos 2018

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,314.22 X 85gram /21 hari berniaga 

RM 13,414.70

Pengunjung

5876414
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
8777
6998
55753
5756137
149482
251415
5876414

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
28 29 30 31 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 1

PAUTAN