Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Berzakat Mengangkat Maruah Umat Islam - Raja Muda Perlis


 

KANGAR,3 Mei 2018 (Khamis) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, mengingatkan kepada semua pihak tentang kepentingan berzakat yang berupaya untuk mengangkat maruah umat Islam.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, oleh sebab itu, syariat tersebut perlu dihayati oleh semua pihak. 

“Peranan zakat dalam mengangkat maruah umat Islam ini perlu dihayati oleh pihak penyumbang, pengurus dan penerima sumbangan,” titah baginda. 

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyertai program kayuhan berbasikal anjuran bersama MAIPs dan Lembaga Tabung Haji (TH) sejauh 12 kilometer yang bermula dan berakhir di Masjid Al A’la Behor Temak, di sini semalam. 

Turut serta dalam program yang disekalikan dengan program ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ Kali Ke-32 bagi 2018 itu ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Badlisyah Abdul Ghani dan Pengarah TH negeri, Mohamad Zahir Hussin @ Yusof. 

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor yang turut hadir mengiringi baginda berkata, MAIPs telah menetapkan sasaran untuk menjejaki asnaf bertujuan mendekati dan mendengar keluhan mereka. 

Selain itu, warga asnaf yang menerima bantuan MAIPs turut diberikan motivasi dan bimbingan melalui Program Bangun Jiwa untuk meningkatkan keyakinan diri dan keinginan untuk keluar dari kepompong kemiskinan. 

Badlisyah pula memaklumkan bahawa TH menyumbangkan zakat perniagaan kira-kira RM60 juta setahun di seluruh negara dan turut terlibat dalam pelbagai program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada golongan masyarakat yang memerlukan saban tahun. 

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya turut mempertimbangkan untuk membina rumah bantuan di bawah projek ‘Baiti’ di negeri di masa hadapan. 

Seramai 120 orang asnaf terpilih menerima agihan zakat MAIPs sebanyak RM600 seorang bersempena program tersebut.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Jun 2018

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,289.82 X 85gram /20 hari berniaga 

RM 13,981.74

Pengunjung

5394659
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
3657
5655
18315
5315094
146977
242699
5394659

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
26 27 28 29 30 31 1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 1 2 3 4 5 6

PAUTAN