Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Setiap Pelajar Wajar Mempunyai Wawasan Hidup Jelas - Raja Muda Perlis


 

ARAU, 10 April 2018 (Selasa) - Setiap pelajar di mana-mana peringkat sekali pun sewajarnya mempunyai wawasan hidup yang jelas dan bukan hanya berangan-angan kosong atau berserah pada nasib semata-mata.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, mengingatkan bahawa menerusi wawasan, hidup pelajar itu akan sentiasa terarah, berfokus dan bersedia sekali gus membolehkan mereka mencapai cita-cita dan impian dalam hidup masing-masing. 

Baginda bertitah, memberi contoh, pelajar yang cemerlang sentiasa meletakkan sasaran dalam peperiksaan dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya. 

“Wawasan hidup mampu mengajar pelajar erti berdisiplin dan bertanggungjawab dalam hidup berikutan mereka akan lebih teliti dan kreatif dalam menyusun masa belajar dan melakukan aktiviti seharian. 

“Pelajar yang mempunyai wawasan juga lebih ‘faham’ akan hala tuju kehidupan serta tidak mudah merasa berputus asa dan kecewa dengan kehidupan selain terhindar daripada sifat malas serta menangguh-nangguhkan kerja dan usaha,” titah baginda. 

Demikian titah baginda yang juga Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis ketika berkenan berangkat merasmikan program Titian Kasih Mega Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin Bagi 2018 di Jejawi, di sini hari ini. 

Keberangkatan tiba baginda ke program sesi ke-12 dan terakhir bagi tahun ini itu disambut oleh pengetua sekolah, Hakimi Abas beserta ketua penyelaras program, Azuan Mohd. Nasir dan Hakim Khan. 

Turut hadir ialah Setiausaha YTSP Perlis, Datuk Johari Mohd. Darus beserta seramai 480 orang pelajar tingkatan satu, dua dan tiga sekolah itu. 

Program anjuran YTSP Perlis tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan negeri dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). 

Tuanku Syed Faizuddin Putra seterusnya bertitah, bahawa wawasan hidup turut berhubung kait dengan pegangan agama seseorang. 

“Untuk menjadi pelajar yang bermentaliti kelas pertama dalam tindakan, pelajar itu haruslah menjadikan agama sebagai wawasan (panduan) hidup kerana ia mengajak manusia ke arah kebaikan dan menjaga umatnya supaya tidak mudah terpesong daripada matlamat sebenar hidup di dunia dan akhirat. 

“Ia juga membawa pelajar supaya sentiasa seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek serta mampu mengambil tindakan yang wajar apabila berhadapan situasi yang sukar dalam kehidupan masing-masing,” titah baginda. 

Bersempena keberangkatan tersebut, baginda turut berkenan merasmikan gimnasium sekolah, menanam pokok bunga kertas sebagai simbolik dan juga menyaksikan gimik model letusan gunung berapi.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

April 2018

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,500.66 X 85gram /21 hari berniaga 

RM 14,169.34

Pengunjung

4540958
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
2022
5837
37051
4448509
175569
161682
4540958

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2

PAUTAN