Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Raja Muda Perlis Garis Lima Komponen Perlu Ada Tangani Cabaran Revolusi 4.0


 

KANGAR,10 April 2018 (Selasa) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah menggariskan lima komponen yang perlu ada kepada setiap tenaga kerja, dalam menangani cabaran Revolusi Industri 4.0.

Baginda bertitah, lima komponen itu adalah berfikir secara kritikal dalam penyelesaian masalah, memiliki kemahiran berkomunikasi, mempunyai kolaborasi yang baik, kreatif dan kesejahteraan emosi. 

“Bagi tujuan itu, kualiti graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu dikembangkan secara holistik selaras dengan pasaran kerjaya masa kini yang semakin moden dan menggunakan aplikasi robotik dan digital. 

“Kualiti graduan merupakan salah satu aspek penting yang dapat meningkatkan produktiviti serta kelancaran sesebuah organisasi. Justeru, beta menasihatkan pelajar supaya lebih proaktif, peka dan rajin menimba ilmu untuk menghadapi cabaran Industri 4.0,” titah baginda. 

Demikian titah baginda yang juga merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis ketika berkenan berangkat merasmikan program Titian Kasih Mega Peringkat Kolej Vokasional Arau Bagi 2018 di kolej tersebut, di sini hari ini. 

Keberangkatan tiba baginda dalam sesi ke-11 bagi tahun ini disambut oleh pengarah kolej itu, Mohd. Jelani Yaacob beserta ketua penyelaras program, Azuan Mohd. Nasir dan Hakim Khan. 

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Datuk Hamdan Bahari dan Setiausaha Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Datuk Johari Mohd. Darus. 

Seramai 528 orang pelajar semester satu, dua dan tiga kolej tersebut hadir. 

Program anjuran itu YTSP Perlis itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). 

Bersempena keberangkatan kali ini, baginda turut berkenan menyempurnakan penamaan Dewan Syed Sirajuddin Areeb Putra dan Surau An-Nur kolej tersebut. 

Tuanku Syed Faizuddin Putra seterusnya bertitah, bahawa pendidikan bidang vokasional perlu menjalani tranformasi bagi meningkatkan cara para pelajarnya berfikir, bertindak dan bekerja. 

Titah baginda, ini selaras dengan perkembangan negara yang telah mengorak langkah ke arah Industri 4.0 iaitu mewujudkan kilang pintar menerusi teknologi digital, robotik dan automasi.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

Jun 2018

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,289.82 X 85gram /20 hari berniaga 

RM 13,981.74

Pengunjung

5404976
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
5224
4755
28632
5315094
157294
242699
5404976

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
26 27 28 29 30 31 1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 1 2 3 4 5 6

PAUTAN