Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Inovasi Serta Kreativiti Pemangkin Ke Arah Negara Maju - Raja Muda Perlis


ARAU, 9 Julai 2019 (Selasa) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalaullail mahu pelajar menjadi serba boleh dalam menyelesaikan pelbagai isu yang kompleks di samping kreatif dan inovatif untuk menjadi pemangkin ke arah negara maju.

Baginda bertitah, pelajar hari ini berhadapan dengan dunia yang berasaskan teknologi digital iaitu internet, pengkomputeran awan dan media sosial yang memberi cabaran baharu kepada sistem pendidikan formal.

“Dalam hubungan ini guru dan pengurusan sekolah perlu memberi komitmen berterusan bagi membentuk alat pedagogi dan adaptasi kaedah baharu yang amat diperlukan.

Justeru, guru dan pelajar perlu bersedia mengintegrasi luasan realiti dalam pengajaran dan pembelajaran yang mana pengintegrasian luasan realiti dalam pengajaran membolehkan pelajar memahami sesuatu konsep dengan lebih baik, titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah pada simposium Perlis Engineering Research Learning and Innovation Symposium (Perlis 5.0) di Dewan Ilmu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini, baru-baru ini.

Baginda bertitah, simposium tahunan itu amat bermakna dalam usaha melahirkan penggerak inovatif yang unggul di negara ini kerana cabaran-cabaran semasa yang muncul secara sedar ataupun tidak perlu diatasi dengan penyelesaian yang kreatif dan bijaksana.

Baginda berharap pelbagai inovasi dan transformasi yang dicipta setiap tahun dipertingkatkan sehingga boleh dikomersialkan dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Program itu di bawah Institut Kajian Institusi Raja, Kepimpinan dan Komuniti (IKRK) UniMAP bersama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis turut mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Perlis dan Malaysian Research & Innovation Society (MyRIS).

Sebanyak 13 buah sekolah di seluruh Perlis menyertai simposium itu dan mempertandingkan 43 produk inovasi pelajar. Sekolah Kebangsaan (SK) Sena yang menghasilkan inovasi 'fragran deodorizing container for stinkkids shoes’ muncul juara.

Pereka muda dua beradik yang menghasilkan produk itu, Najidah Humairah Mohd Najmuddin,12, dan Najmuilmi Hakim Mohd Najmuddin, 9, memenangi pingat emas dan hadiah utama ke Kaohsiung, Taiwan.

SK Kayang menerima anugerah inovasi terbaik diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Perempuan Alawiyah Kangar menerima MyRIS Best Invention Award manakala SK Putra merangkul dua anugerah iaitu MyRIS Special Award dan Perlis Special Award.

Sumber daripada BERNAMA

 

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

April 2019

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,569.42X 85gram /21 hari berniaga 

RM 14,447.65

Pengunjung

8688622
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
6949
7491
79186
8518150
262009
383902
8688622

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
30 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3

PAUTAN