Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Kelab Golf Putra Perlis ungguli golf Piala Syed Sirajuddin Areeb Putra

KANGAR - Kelab Golf Putra (KGP) Perlis sekali lagi berjaya mengungguli pertandingan golf bagi merebut ‘Piala Syed Sirajuddin Areeb Putra 2019’ yang diadakan di lapangan golf KGP Perlis di Sungai Batu Pahat semalam.

 

KGP Perlis dengan 372 mata berjaya mengalahkan Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) yang dibarisi oleh anak-anak Perlis di perantauan khususnya di Lembah Kelang pulang ke negeri asal untuk berhari raya setiap tahun yang mendapat 336 mata.

Seramai 51 orang peserta iaitu sebanyak 13 ‘flights’ mengambil bahagian pada perlawanan yang masuk tahun ke-26 ia diadakan iaitu sejak 1993 lagi atas cetusan idea dan inisiatif Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sendiri ketika mengetuai portfolio sukan dan rekreasi ahli jawatankuasa PPKL pada ketika itu.

Ismarizal Ismail (41 mata), Abdul Halim Mohd Noor (40 mata) dan Zulkafli Ahmad (39 mata) mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga bagi karegori ‘Gross’.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail selaku Tuanku Penaung KGP Perlis dan Raja Muda Perlis yang juga merangkap Tuanku Presiden kelab telah berkenan untuk berangkat menghadiri majlis santapan tengahari dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah utama kepada para pemenang.

Terdahulu, keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh kepimpinan PPKL terdiri daripada Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman (Yang DiPertua), Datuk Azmi Talib (Timbalan Yang Dipertua) dan Anuar Zaki Bakar (Setiausaha).

Dalam ucapan beliau, Syed Moheeb memaklumkan bahawa PPKL akan terus aktif melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi menaikkan lagi citra persatuan dan juga khidmat bakti kepada masyarakat di Kuala Lumpur dan juga di negeri Perlis.

Tambah beliau, pada bulan Ramadan baru-baru ini, PPKL telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa bersama anak-anak Perlis di Kuala Lumpur. insya-Allah, mereka akan sekali lagi berhimpun untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 23 Jun nanti dari pukul 10 pagi hingga 1 petang di The Sacred Garden (Kampung Pengantin), Jalan 3/23D Taman Danau Kota Kuala Lumpur.

Mengambil sempena Hari Keputeraan rasmi DYMM Tuanku Raja Perlis ke 76, PPKL akan menganjurkan pertandingan futsal terbuka di D’Futsal Centre Kangar pada bulan Julai yang akan datang.

Selain itu, PPKL akan turut menganjurkan majlis santapan ‘Malam Perlis 2019’ yang akan diadakan pada 26 Oktober 2019 di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

Dalam perancangan juga adalah pertandingan boling pada 27 September dan ‘Pony Ride’ pada 3 Disember, kedua-duanya di Bukit Kiara Equestrian Resort.

Bagi anak-anak Perlis yang bermastautin di Lembah Kelang, diajak beramai-tamai menyertai Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) dan bolehlah menghubungi nombor telefon 03-42570726 / 013-3607868 atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

Sementara itu, bagi masyarakat Perlis yang berhasrat untuk mula berkecimpung dan berjinak-jinak dengan sukan golf pula, amatlah dialu-alukan oleh pihak Kelab Golf Putra Perlis dan boleh datang sendiri ke rumah kelab untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut atau menghubungi nombor telefon 04-9761203 pada waktu pejabat.

 

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Iklan Sebut Harga

Mohon untuk klik pada

paparan IKLAN untuk

maklumat selanjutnya.

MAIPS(S) 30 JLD. 40 Bil.4/2019
MAIPS(S) 30 JLD. 40 Bil.5/2019

MAIPS(S) 30 JLD. 40 Bil.6/2019

MAIPS(S) 30 JLD. 40 Bil.7/2019

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

April 2019

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,569.42X 85gram /21 hari berniaga 

RM 14,447.65

Pengunjung

8240867
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
472
11430
11902
8138734
198156
366117
8240867

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
26 27 28 29 30 31 1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 1 2 3 4 5 6

PAUTAN