Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • banner1.png
  • banner2.jpg
  • banner3.jpg
  • banner4.jpg
  • banner5.png
  • banner6.png
  • banner7.png
  • banner8.jpg

Awam

 

Perkhidmatan

Kalkulator Zakat

Penyata Zakat

Bantuan Pelajaran

Kalkulator Had Kifayah 

 

 

Muat Turun

Borang Potongan Zakat Gaji

Borang Potongan Wakaf Tunai 

Sila klik sini bagi Kaji Selidik Keberkesanan Laman Web MAIPs

 

Berita Terkini

Raja Muda Perlis Sampaikan Agihan Bantuan Fitrah Lebih RM3.7 Juta


 

KANGAR, 14 Mei 2019 (Selasa) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukan lebih RM3.7 juta untuk sumbangan bantuan fitrah 2019 kepada 9,378 penerima dan fakir miskin seluruh Perlis dengan bantuan itu akan diagihkan sebelum Hari Raya ini.


Raja Muda Perlis selaku Yang Dipertua MAIPs Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan sumbangan itu kepada wakil lima zon untuk diagihkan kepada para penerima di zon masing-masing.

Majlis penyampaian itu diadakan sempena Program Ihya Ramadan 1440H di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail (MTSPJ) di sini, malam tadi.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri Ruzaini Rais, Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor turut hadir.

Bagi Zon Utara, bantuan berjumlah RM686,000 untuk 1,715 penerima manakala Zon Selatan berjumlah RM787,200 (1,968 penerima), Zon Barat berjumlah RM835,200 (2,088 penerima), Zon Timur RM637,200 (1,593 penerima) dan Zon Tengah RM805,600 (2,014 penerima). Setiap penerima akan mendapat RM400.

Dalam titahnya, Raja Muda berharap para penerima membelanjakan sumbangan itu dengan bijak bagi membeli keperluan menyambut Hari Raya.

Baginda mahu para amil menjalankan tugas dengan amanah supaya wang sampai kepada penerima mengikut masa ditetapkan.

Sempena majlis itu baginda berkenan melancarkan Kempen Wakaf Tunai Projek Bangunan Wakaf MAIPs-Perkhidmatan Hemodialisis Hospital Tuanku Fauziah yang dalam proses pembinaan.

Sumber daripada BERNAMA

 

Pengumuman

Waktu Operasi Kelepasan AM

HARI KELEPASAN AM : TUTUP

 

Waktu Operasi

Kaunter Agihan &

Kaunter Kutipan

(ISNIN hingga KHAMIS)

Pagi : 8.30 pagi - 1.00 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Petang : 2.00 ptg - 4.30 ptg 

(JUMAAT)

Pagi : 8.30 pagi - 12.15 tghari

Rehat :12.15 tgh - 2.45 ptg

Petang : 2.45 ptg - 4.30 ptg 

(SABTU dan AHAD : TUTUP)

Kadar Nisab Semasa

HARGA EMAS BAGI BULAN

April 2019

JUMLAH BAGI HARGA HARIAN

RM 3,569.42X 85gram /21 hari berniaga 

RM 14,447.65

Pengunjung

8651270
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
13217
15276
41834
8518150
224657
383902
8651270

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
30 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3

PAUTAN